greetings

Pesona Cinta



Bismillah
khas buat adikku...

Adikku...
ku harapkan agar kau mengerti apa yang inginku sampaikan..cuba bayangkan..
jika kau menyukai seseorang, perkara pertama yang akan kau buat adalah,menyiapkan dirimu, menghiaskan dirimu, mennyediakan dirimu untuk menarik perhatian si dia. Segala kata-kata dan perbuatanmu, kau harapkan agar si dia dapat mengerti apa yang terbuku di hatimu.

Setelah itu, segala usaha kau lakukan, segala kata-kata dan isi hati, telah kau luahkan, segala bentuk kesopanan telah kau tunjukkan, dan nampaknya ia membuahkan hasil. Ternyata selama ini kau tidak menepuk sebelah tangan..ternyata bahawa si dia juga telah lama menyimpan perasaan terhadap mu..lalu bermulalah episod yang kau anggap paling manis dalam hidup kau. Perhubungan yang kiranya paling agung dan paling suci di dunia. Aku yakin, kau begitu riang dalam lamunanmu dan dalam segala khayalanmu, kau hanya terbayang kononnya cinta pertamamu.

Dalam kerianganmu melayan perasaanmu yang baru mekar, kau tidak menyedari bahawa ada pihak ketiga yang sama-sama berkongsi lamunan riangmu, kau tidak menyangka pihak tersebut telah menanamkan was-was yang merbahaya dalam dirimu, membuatkan kau percaya bahawa hubungan ini adalah hubungan yang hakiki, yang akan menguntungkanmu yang dapat membahagiakan hidupmu lebih dari rabbmu, lebih dari rasulmu, lebih dari keluargamu sendiri, maklumlah selama ini kau tidak pernah merasakan kehangatan sebenar perhubungan, selama ini kau di kongkong oleh junnah(perisai) keluargamu, di halangi oleh biah(suasana) islamik pendidikanmu yang kau anggap tidak membebaskan jiwamu. Adakah selama ini kau menganggap bahawa kebebasan yang didoktrinkan oleh musuh islam, adalah satu kebebasan yang sepatutnya diberikan kepada setiap manusia. Tidakkah kamu menyedari bahawa, kebebasan sebenar seorang yang bergelar muslim itu adalah ketika dia mendapat ganjaran syurga oleh Allah, kalau kamu menganggap kebebasan dunia yang membolehkan kau membuat sesuka hatimu, sehingga melanggar had yang digariskan oleh penciptamu, yang maha mengetahui tentang fitrahmu lebih dari dirimu sendiri, maka tunggulah tempat pengakhiranmu di akhirat nanti. Tapi nampaknya kau tidak mengendahkannya dan kini kau sendiri telah merasakan kau sudah manggapainya, menyebabkan kau merasa susah untuk melepaskannya. Kau mula membayangkan masa depanmu dengan si dia..mmm...sungguh indah lamunan itu..fantasimu semakin melayar jauh dari dunia sebenar.

Perhubungan semakin lama, semakin rancak, topup henset semakin lama semakin melambung tinggi, message ayat-ayat cinta semakin memenuhkan ruang inbox dalam henssetmu, kini marhalah perhubungan semakin meningkat, kau mula mempercayai si dia lebih dari keluargamu yang selama ini keluargamu telah bersusah-payah menyediakan persekitaran kasih-sayang yang selama ini kau anggap menyusahkanmu. Kini hatimu sudah penuh, penuh dengan janji manis si dia, dia lah yang sentiasa bermain di hatimu..sehinggakan tiada lagi ruang untuk nasihat & pengajaran...kamu hanya fikirkan si dia...lebih teruk lagi kau meninggalkan kawajipanmu terhadap perintah Allah dan rasulnya. Rasanya bagi pelajar agama sepertimu, sudah semestinya kamu telah maklum tentang perintah tuhanmu "jangan sesekali kamu mendekati zina..", perkara yang mendekati zina? ya, bukankah apa yang kau lakukan selama ini, mendekati kepada zina atau selama ini kau tidak menyedarinya, bius syaitan telah jauh menyerap dalam hatimu. fikirkanlah..namun, kamu lebih mengimani kata-kata si dia...si dialah "the only person that i love". Begitu senang lafaz itu keluar dari mulutmu,

Lalu, episod seterusnya ini lebih menarik, bagaikan pasangan romeo & juliette, kini kau kononnya sanggup berkorban kerana si dia...dengan mudah kau menuruti kata-katanya..tanpa berfikir panjang, tanpa bantahan kau mengagungkannya..mudah kau ungkapkan kesetiaan tanpa mengetahui kemanakah akan berakhirnya kesetiaan itu. Apa sebenarnya yang kau fahami tentang erti pengorbanan? cuba kau fikirkan, adakah pengorbananmu kepada si dia adalah pengorbanan yang berbaloi, cuba kau baca kisah rabiatul adawiyyah, bagaimana dia mengaplikasikan konsep pengorbanan hanya kepada tuhannya.

cuba kau fikirkan, setelah segala saat manis kau bersamanya, setelah berjuta saat kau mendampinginya, adakah ini semua berbaloi buatmu? orang kata kalau menanam, dapat hasil, selepas itu tuai hasil tersebut,cuba kau fikir, apa yang kau boleh tuai dari perhubungan ini. Cuba kau beritahu bahawa bagaimana perhubungan ini boleh menjadi penymbuh kepadamu, boleh menjadi syifaa' dalam kehidupanmu?, boleh menjadi pemangkin kepada pelaksanaan agamu?, boleh menjadi kebanggaan dalam keluargamu dan yang paling penting, adakah ia diredhai Allah...mungkin perhubungan ini hanya berakhir di sini sahaja..

Sesungguhnya amat rugilah kalau hidup ini kau tidak sediakan untuk hari akhirat yang pasti mendatang. Sesungguhnya dunia inilah tempat untuk menanam dan sampai akhirat nanti kau akan melihat dan menuai hasilmu yang selama ini, kau telah tanam di dunia yang ternyata penuh dengan fatamorgana dan tipu daya dunia.

Tapi, tahukah kamu, cuba kau tukarkan fokus kecintaan kamu dari kecintaan yang mengarut si dia, kepada cinta suci hanya kepada ilahi, yang ternyata lebih suci, lebih berkekalan, dan lebih terjamin.

Adikku...
Tadi baru habis situasi pertama, Kini, cuba kau fikirkan pula tentang episod kedua, jika pada mulanya kau mengenali Allah, kau mula jatuh cinta dengan Allah,

Sepertimana yang kau lakukan dulu, kini cara kau berubah sedikit, kau akan mula menyucikan dirimu dari sifat-sifat yang dibenci oleh Allah, kau akan mula menyiapkan dirimu hanya untuk Allah, segala had-had yang dibatasinya, kau cuba tidak melampauinya.

Kini, kau mula lebih mencintai saat kau bersama dengan Allah, bertitis-titis air mata keluar dari matamu, sambil zikir munajat menjadi monologmu, sambil menggerakkan segala otot badanmu, untuk bertaubat memohon ampun atas segala dosa yang dibuat oleh manusia yang bergelar hamba. Segala masa-masa yang tersia dalam hidupmu hanyalah untuk Allah.

Segala kasih-sayang dan kecintaanmu hanya lah kepada Allah. Kini, perkataan bismillah, tanpa jemu, kau terus mengulanginya dalam setiap pekerjaan yang kau karjakan, kini kau lebih yakin seolah-olah ada yang memerhatikanmu dan menjagamu di setiap masa dan dimana-mana lingkup ruang yang kamu tujui, menyebabkan segala perbuatanmu lebih terjaga. Kau akan lebih matang dalam menilai segala perbuatan yang akan kau kerjakan.

Pada masa ini kau rasakan bahawa manisnya iman, manisnya bila mendengar nama Allah, manisnya bila mendengar keagungan Allah, manisnya bila menyingkapi sirah junjungan nabi Muahammad. Kini kau dapat menghayati, segala apa yang berlaku di sekelilingmu. Bila kau lihat pokok, kau akan terfikirkan penciptanya. Tanpa kau sedari ia juga dapat membantu dalam aktiviti pembelajaranmu. Kamu akan lebih menghayati, memahami,dam manghargai ilmu yang dipelajari, kerana kau telah menyedari bahawa setiap ilmu dan pemahaman itu adalah pemberian khas dari tuhanmu. Setiap kali kau menemui kebesaran tuhanmu dalam setiap pembelajaranmu, automatik, mulutmu mengucapkan subhanallah, ini akan menyebabkan kau lebih menghargai setiap ilmu yang kau terima.

Sampai tahap jiwamu betul-betul mengenali Islam, kau mula mengorakkan langkahmu untuk berjihad di jalannya, kau mula merasakan apa yang kau rasakan tentang Islam harus dikongsi bersama dengan manusia yang lain, baik yang hanya bergelar muslim mahupun yang belum beroleh Islam. Sepertimana kau merasai lazatnya makanan yang kau makan sehinggakan kau mahu menceritakan kelazatan itu kepada orang lain, seperti itulah kau rasa lazatnya islam dan akan berusaha berkongsi kelazatan itu dengan orang lain. Kini kau benar-benar mengerti erti pengorbanan yang sebenarnya, sehingga kau berani melibatkan dirimu dalam kancah mujahid fillah. Sanggup berkorban untuk melibatkan diri dalam kebangkitan islam.

Aku rasa, kau dapat agak apa yang terjadi selepas ini, pengorbanan kau tidak akn sia-sia, walaupun kau shahid di tengah perjalanan dakwah, kau tetap akan mendapat ganjaran dai Allah atas usaha yang kau telah lakukan. Ingat!!!Allah tidak melihat kepada hasil, tetapi apa yang penting usaha seseorang itu, adakah dia benar-benar ikhlas berjuang kerana Allah.berbanding dengan perhubungan khayalan sesama manusia, kini kau boleh memnjangkan lagi marhalah perhubungan kau, akhirnya setelah seumur hidup kau berjuang kerana Allah, akhirnya kau akan menemuinya di tempat yang dijanjikan, iaitu di syurganya yang penuh dengan kenikmatan...pada masa itu kau akan menemui cinta sejati yang tiada tandingannya

adikku...
akhirnya dariku, harap kau mengerti apa yang aku ertikan. Sarungilah dirimu dengan cinta yang selayak-layaknya untuk dirimu. carilah cinta yang membuatmu lebih dekat dengan Allah, last but not least, tsabatkanlah dirimu dalam cinta untuk mati di jalannya...

salam sayang dari ku, dari bumi barakah kaherah, mesir...

0 Response to Pesona Cinta

Post a Comment