greetings

Murabbiku



Bismillah...

you came to me....lagu alarm mobil ku berbunyi menandakan pukul 4.30 pagi telah menjelang dan tinggal setengah jam lagi, azan subuh akan berkumandang. Sengaja aku memasang alarmku dengan lagu "you came to me", alunan suara merdu dari Samy Yusuf, membuatkan ku bingkas bangun dari tidurku dek kemasyukan suara dan kesyahduan liriknya. mujahadah diriku kali ini bukan setakat ingin bangun dari kamarku, tetapi ditambah pula dengan suasana dingin lagi sejuk yang melanda seluruh kaherah pada waktu ini demi untuk memenuhi salah satu dari sepuluh muwasoffat untuk menjadi fardhu muslim. Teringat kata-kata murabbiku, "musim sejuk ni, mujahadah tu kene kuat sikit, sebab musim ni la oarang suka tidur".

Aku masih teringat lagi ketika aku berkenalan dengan ustaz dari indonesia yang mengaitkan namaku dengan seorang sahabat rasulullah yang suka tidur sehinggakan kerap kali terlepas waktu subuh. Mendengarkan seloroh ustaz kepadaku, terus aku terasa bahawa, apa yang dikatakan ada betulnya. "tetapi enta mesti ingat bahawa enta adalah seorang yang akan merobah pandangan tersebut" sentak ustaz itu membuatkan diriku sedar siapalah diriku untuk membandingkan diriku dengan sahabat rasul yang mana amlannya pasti jauh lebih banyak dariku.

Angin menderu dengan laju sekali, menerkam seluruh benak badanku, tiada satu sisi dari badanku yang terlepas dari merasai kasejukan bayu mesir.Namun langkahku tetap ku gagahi, sehinggalah aku dapat capai sisi tangga masjid Bukhari yang terletak tidak jauh dari rumah ku.

Bacaan lunak yang terpacul keluar dari mulut seorang imam, anak jati mesir, yang mengalunkan surah ai-waqiaah yang mengingatkanku tentang hari berlakunya kiamat, di mana gunung-ganang yang gagah, dengan izin Allah, sekelip mata sahaja boleh menjadi debu.

Seusai solat, aku teruskan lagi rutin seorang muslim dengan doa-doa yang diajarkan dan ma'thur dari rasul. Sedang ku mengungkap "millati ibrahima hanifa" aku terlihat dua jasad yang duduk bersila tidak jauh di depanku. Aku sunggguh terpegun melihat gelagat dua beranak yang khusyuk menghayati alunan quran. Seorang ayah, dan seorang anaknya yang dilihat dari sudut fizikalnya baru berumur 4-6 tahun. Seorang ayah sedang mentasmi' bacaan surah al-kafirun yang dibacakan oleh anaknya. Wiridku terhenti seketika melihatkan gelagat kedua orang arab tersebut. situasi tersebut jarang ku lihat, si ayah bagaikan bercerita tentang surah tersebut kepada anaknya, sekali dengan lenggok tangan yang penuh longlai membelai anaknya, sambil anaknya kyusuk mendengar dan mengulang ayat hafalan tersebut. Maklumlah, orang arab pasti memahami ayat al-quran.

Dilihat dari pakaian yang dipakai kedua orang tersebut, mereka pasti bukan dari golongan berda, bahkan aku merasakan bahawa kehidupan dua beranak ini lagi susah dari kehidupan sederhana yang aku rasakan hasil dari titik peluh ayah dan ibuku, membesarkan diriku, namun di sebalik kesusahan, kegembiraan jelas tergambar pada wajah anak tersebut seusai mendengar celoteh bapanya menceritakan perihal al-quran. Bagikan tiada dunia bagi mereka, hanyalah pengharapan seorang bapa yang mahu melihat anaknya mampu menghayati agamanya

Pernah aku menegur seorang a'mmi (orang arab), di dalam "utu (bas) ketika dalam perjalanan dari abasiah ke hayyu sabi'. Beliau merupakan seorang penulis khat. Untuk memendekkan cerita, dia bertanya kepadaku, "hal anta tahfazu al`quran". aku membalasinya dengan "mush kamilan" (tidak sempurna),. Orang arab itu terus bersuara, anak perempuannya yang baru berumur 7 tahun sudah menghafal quran "kamilan". Sejenak aku terkesima, memang budaya orang arab, menghafal quran sejak dari kecil lagi.Kemana sahaja aku berjalan, pasti aku terdengar suara orang mengalunkan bacaan quran. Subhanallah, biah quraniah hidup subur di kalangan orang arab.

Itu satu situasi, situasi yang lain pula kulihat, segolongan manusia yang mentuturkan bahasa arab sendiri, tetapi mereka amat jauh dari gambaran sebenar seorang individu yang dibina oleh rasulullah. Apakah wujud ayat quran yang tidak mereka fahami?

Mereka adalah Muslim, mereka adalah orang yang belajar mendalam tentang agama, tetapi apa yang menghalang mereka dari menunjukkan perwatakan yang sejajar dengan ilmu agama yang mereka pelajari?.

Mari kita menyelinap ke satu situasi dari sirah rasul. Sumayyah, mesti anda terfikir, wanita pertama mati syahid. Namun pernahkah anda terfikir, apa yang membuatkan beliau bertahan dengan seksaan tersebut, padahal, pada masa itu, syariah islam masih belum tertegak lagi. Mungkin kalau dibandingkan ilmu anda dengan ilmu sumayyah, pasti ilmu anda boleh dikatakan lebih banyak berbanding sumayyah. Namun, kenapa sumayyah boleh bertahan?

Kalau kita lihat dari aspek surah makiah yang diturunkan, kebanyakannya menerangkan tentang sirah dan pengukuhan aqidah. Dari aspek sirah pula, kalau diikutkan, seorang ustaz boleh menerangkan tentang aqidah dalam masa yang singkat, tetapi mengapa rasul memerlukan 15 tahun hanya untuk menerangkan perkara tersebut. Sini kita dapati, bahawa apa yang penting adalah penghayatan, bukan hanya belajar sahaja tanpa "BASAH". Barulah dapat hasilkan generasi yang dihasilkan oleh rasul.

Satu lagi elemen yang penting dalam merealisasikan penghasilan generasi yang dihasilkan oleh rasul ialah murabbi itu sendiri, kerna untuk mendidik hati manusia lebih susah dari mengajar orang. Sepertimana aku lihat gelagat dua beranak di masjid itu, aku mengerti bahawa seorang ayah adalah seorang murabbi yang terbaik, yang mampu menggerakkan atau mencorakkan sebuah "usrah" menuju mardhotillah. Sebagai tambahan, perwatakan ayah kebanyakannya menepati 4 tugas murabbi, sebagai ayah sudah tentu mencurahkan sepenuh kasih-sayang kepada keluarga, seterusnya sebagai qaid yang mentadbir keluarga, sebagai sheikh yang dihormati keluarga, sebagai ustaz yang memandu keluarga dalam menunaikan ibadah yang sohih,

tulisan ini adalah khas untuk abahku, abi mohd azlan, terima kasih kerna telah menjadi murabbi yang selama ini telah mendidikku, dan menghasilkan ku sepertimana keadaan aku sekarang. "ana uhibbuka awi".....

0 Response to Murabbiku

Post a Comment