greetings

Pesona Cinta



Bismillah
khas buat adikku...

Adikku...
ku harapkan agar kau mengerti apa yang inginku sampaikan..cuba bayangkan..
jika kau menyukai seseorang, perkara pertama yang akan kau buat adalah,menyiapkan dirimu, menghiaskan dirimu, mennyediakan dirimu untuk menarik perhatian si dia. Segala kata-kata dan perbuatanmu, kau harapkan agar si dia dapat mengerti apa yang terbuku di hatimu.

Setelah itu, segala usaha kau lakukan, segala kata-kata dan isi hati, telah kau luahkan, segala bentuk kesopanan telah kau tunjukkan, dan nampaknya ia membuahkan hasil. Ternyata selama ini kau tidak menepuk sebelah tangan..ternyata bahawa si dia juga telah lama menyimpan perasaan terhadap mu..lalu bermulalah episod yang kau anggap paling manis dalam hidup kau. Perhubungan yang kiranya paling agung dan paling suci di dunia. Aku yakin, kau begitu riang dalam lamunanmu dan dalam segala khayalanmu, kau hanya terbayang kononnya cinta pertamamu.

Dalam kerianganmu melayan perasaanmu yang baru mekar, kau tidak menyedari bahawa ada pihak ketiga yang sama-sama berkongsi lamunan riangmu, kau tidak menyangka pihak tersebut telah menanamkan was-was yang merbahaya dalam dirimu, membuatkan kau percaya bahawa hubungan ini adalah hubungan yang hakiki, yang akan menguntungkanmu yang dapat membahagiakan hidupmu lebih dari rabbmu, lebih dari rasulmu, lebih dari keluargamu sendiri, maklumlah selama ini kau tidak pernah merasakan kehangatan sebenar perhubungan, selama ini kau di kongkong oleh junnah(perisai) keluargamu, di halangi oleh biah(suasana) islamik pendidikanmu yang kau anggap tidak membebaskan jiwamu. Adakah selama ini kau menganggap bahawa kebebasan yang didoktrinkan oleh musuh islam, adalah satu kebebasan yang sepatutnya diberikan kepada setiap manusia. Tidakkah kamu menyedari bahawa, kebebasan sebenar seorang yang bergelar muslim itu adalah ketika dia mendapat ganjaran syurga oleh Allah, kalau kamu menganggap kebebasan dunia yang membolehkan kau membuat sesuka hatimu, sehingga melanggar had yang digariskan oleh penciptamu, yang maha mengetahui tentang fitrahmu lebih dari dirimu sendiri, maka tunggulah tempat pengakhiranmu di akhirat nanti. Tapi nampaknya kau tidak mengendahkannya dan kini kau sendiri telah merasakan kau sudah manggapainya, menyebabkan kau merasa susah untuk melepaskannya. Kau mula membayangkan masa depanmu dengan si dia..mmm...sungguh indah lamunan itu..fantasimu semakin melayar jauh dari dunia sebenar.

Perhubungan semakin lama, semakin rancak, topup henset semakin lama semakin melambung tinggi, message ayat-ayat cinta semakin memenuhkan ruang inbox dalam henssetmu, kini marhalah perhubungan semakin meningkat, kau mula mempercayai si dia lebih dari keluargamu yang selama ini keluargamu telah bersusah-payah menyediakan persekitaran kasih-sayang yang selama ini kau anggap menyusahkanmu. Kini hatimu sudah penuh, penuh dengan janji manis si dia, dia lah yang sentiasa bermain di hatimu..sehinggakan tiada lagi ruang untuk nasihat & pengajaran...kamu hanya fikirkan si dia...lebih teruk lagi kau meninggalkan kawajipanmu terhadap perintah Allah dan rasulnya. Rasanya bagi pelajar agama sepertimu, sudah semestinya kamu telah maklum tentang perintah tuhanmu "jangan sesekali kamu mendekati zina..", perkara yang mendekati zina? ya, bukankah apa yang kau lakukan selama ini, mendekati kepada zina atau selama ini kau tidak menyedarinya, bius syaitan telah jauh menyerap dalam hatimu. fikirkanlah..namun, kamu lebih mengimani kata-kata si dia...si dialah "the only person that i love". Begitu senang lafaz itu keluar dari mulutmu,

Lalu, episod seterusnya ini lebih menarik, bagaikan pasangan romeo & juliette, kini kau kononnya sanggup berkorban kerana si dia...dengan mudah kau menuruti kata-katanya..tanpa berfikir panjang, tanpa bantahan kau mengagungkannya..mudah kau ungkapkan kesetiaan tanpa mengetahui kemanakah akan berakhirnya kesetiaan itu. Apa sebenarnya yang kau fahami tentang erti pengorbanan? cuba kau fikirkan, adakah pengorbananmu kepada si dia adalah pengorbanan yang berbaloi, cuba kau baca kisah rabiatul adawiyyah, bagaimana dia mengaplikasikan konsep pengorbanan hanya kepada tuhannya.

cuba kau fikirkan, setelah segala saat manis kau bersamanya, setelah berjuta saat kau mendampinginya, adakah ini semua berbaloi buatmu? orang kata kalau menanam, dapat hasil, selepas itu tuai hasil tersebut,cuba kau fikir, apa yang kau boleh tuai dari perhubungan ini. Cuba kau beritahu bahawa bagaimana perhubungan ini boleh menjadi penymbuh kepadamu, boleh menjadi syifaa' dalam kehidupanmu?, boleh menjadi pemangkin kepada pelaksanaan agamu?, boleh menjadi kebanggaan dalam keluargamu dan yang paling penting, adakah ia diredhai Allah...mungkin perhubungan ini hanya berakhir di sini sahaja..

Sesungguhnya amat rugilah kalau hidup ini kau tidak sediakan untuk hari akhirat yang pasti mendatang. Sesungguhnya dunia inilah tempat untuk menanam dan sampai akhirat nanti kau akan melihat dan menuai hasilmu yang selama ini, kau telah tanam di dunia yang ternyata penuh dengan fatamorgana dan tipu daya dunia.

Tapi, tahukah kamu, cuba kau tukarkan fokus kecintaan kamu dari kecintaan yang mengarut si dia, kepada cinta suci hanya kepada ilahi, yang ternyata lebih suci, lebih berkekalan, dan lebih terjamin.

Adikku...
Tadi baru habis situasi pertama, Kini, cuba kau fikirkan pula tentang episod kedua, jika pada mulanya kau mengenali Allah, kau mula jatuh cinta dengan Allah,

Sepertimana yang kau lakukan dulu, kini cara kau berubah sedikit, kau akan mula menyucikan dirimu dari sifat-sifat yang dibenci oleh Allah, kau akan mula menyiapkan dirimu hanya untuk Allah, segala had-had yang dibatasinya, kau cuba tidak melampauinya.

Kini, kau mula lebih mencintai saat kau bersama dengan Allah, bertitis-titis air mata keluar dari matamu, sambil zikir munajat menjadi monologmu, sambil menggerakkan segala otot badanmu, untuk bertaubat memohon ampun atas segala dosa yang dibuat oleh manusia yang bergelar hamba. Segala masa-masa yang tersia dalam hidupmu hanyalah untuk Allah.

Segala kasih-sayang dan kecintaanmu hanya lah kepada Allah. Kini, perkataan bismillah, tanpa jemu, kau terus mengulanginya dalam setiap pekerjaan yang kau karjakan, kini kau lebih yakin seolah-olah ada yang memerhatikanmu dan menjagamu di setiap masa dan dimana-mana lingkup ruang yang kamu tujui, menyebabkan segala perbuatanmu lebih terjaga. Kau akan lebih matang dalam menilai segala perbuatan yang akan kau kerjakan.

Pada masa ini kau rasakan bahawa manisnya iman, manisnya bila mendengar nama Allah, manisnya bila mendengar keagungan Allah, manisnya bila menyingkapi sirah junjungan nabi Muahammad. Kini kau dapat menghayati, segala apa yang berlaku di sekelilingmu. Bila kau lihat pokok, kau akan terfikirkan penciptanya. Tanpa kau sedari ia juga dapat membantu dalam aktiviti pembelajaranmu. Kamu akan lebih menghayati, memahami,dam manghargai ilmu yang dipelajari, kerana kau telah menyedari bahawa setiap ilmu dan pemahaman itu adalah pemberian khas dari tuhanmu. Setiap kali kau menemui kebesaran tuhanmu dalam setiap pembelajaranmu, automatik, mulutmu mengucapkan subhanallah, ini akan menyebabkan kau lebih menghargai setiap ilmu yang kau terima.

Sampai tahap jiwamu betul-betul mengenali Islam, kau mula mengorakkan langkahmu untuk berjihad di jalannya, kau mula merasakan apa yang kau rasakan tentang Islam harus dikongsi bersama dengan manusia yang lain, baik yang hanya bergelar muslim mahupun yang belum beroleh Islam. Sepertimana kau merasai lazatnya makanan yang kau makan sehinggakan kau mahu menceritakan kelazatan itu kepada orang lain, seperti itulah kau rasa lazatnya islam dan akan berusaha berkongsi kelazatan itu dengan orang lain. Kini kau benar-benar mengerti erti pengorbanan yang sebenarnya, sehingga kau berani melibatkan dirimu dalam kancah mujahid fillah. Sanggup berkorban untuk melibatkan diri dalam kebangkitan islam.

Aku rasa, kau dapat agak apa yang terjadi selepas ini, pengorbanan kau tidak akn sia-sia, walaupun kau shahid di tengah perjalanan dakwah, kau tetap akan mendapat ganjaran dai Allah atas usaha yang kau telah lakukan. Ingat!!!Allah tidak melihat kepada hasil, tetapi apa yang penting usaha seseorang itu, adakah dia benar-benar ikhlas berjuang kerana Allah.berbanding dengan perhubungan khayalan sesama manusia, kini kau boleh memnjangkan lagi marhalah perhubungan kau, akhirnya setelah seumur hidup kau berjuang kerana Allah, akhirnya kau akan menemuinya di tempat yang dijanjikan, iaitu di syurganya yang penuh dengan kenikmatan...pada masa itu kau akan menemui cinta sejati yang tiada tandingannya

adikku...
akhirnya dariku, harap kau mengerti apa yang aku ertikan. Sarungilah dirimu dengan cinta yang selayak-layaknya untuk dirimu. carilah cinta yang membuatmu lebih dekat dengan Allah, last but not least, tsabatkanlah dirimu dalam cinta untuk mati di jalannya...

salam sayang dari ku, dari bumi barakah kaherah, mesir...

Murabbiku



Bismillah...

you came to me....lagu alarm mobil ku berbunyi menandakan pukul 4.30 pagi telah menjelang dan tinggal setengah jam lagi, azan subuh akan berkumandang. Sengaja aku memasang alarmku dengan lagu "you came to me", alunan suara merdu dari Samy Yusuf, membuatkan ku bingkas bangun dari tidurku dek kemasyukan suara dan kesyahduan liriknya. mujahadah diriku kali ini bukan setakat ingin bangun dari kamarku, tetapi ditambah pula dengan suasana dingin lagi sejuk yang melanda seluruh kaherah pada waktu ini demi untuk memenuhi salah satu dari sepuluh muwasoffat untuk menjadi fardhu muslim. Teringat kata-kata murabbiku, "musim sejuk ni, mujahadah tu kene kuat sikit, sebab musim ni la oarang suka tidur".

Aku masih teringat lagi ketika aku berkenalan dengan ustaz dari indonesia yang mengaitkan namaku dengan seorang sahabat rasulullah yang suka tidur sehinggakan kerap kali terlepas waktu subuh. Mendengarkan seloroh ustaz kepadaku, terus aku terasa bahawa, apa yang dikatakan ada betulnya. "tetapi enta mesti ingat bahawa enta adalah seorang yang akan merobah pandangan tersebut" sentak ustaz itu membuatkan diriku sedar siapalah diriku untuk membandingkan diriku dengan sahabat rasul yang mana amlannya pasti jauh lebih banyak dariku.

Angin menderu dengan laju sekali, menerkam seluruh benak badanku, tiada satu sisi dari badanku yang terlepas dari merasai kasejukan bayu mesir.Namun langkahku tetap ku gagahi, sehinggalah aku dapat capai sisi tangga masjid Bukhari yang terletak tidak jauh dari rumah ku.

Bacaan lunak yang terpacul keluar dari mulut seorang imam, anak jati mesir, yang mengalunkan surah ai-waqiaah yang mengingatkanku tentang hari berlakunya kiamat, di mana gunung-ganang yang gagah, dengan izin Allah, sekelip mata sahaja boleh menjadi debu.

Seusai solat, aku teruskan lagi rutin seorang muslim dengan doa-doa yang diajarkan dan ma'thur dari rasul. Sedang ku mengungkap "millati ibrahima hanifa" aku terlihat dua jasad yang duduk bersila tidak jauh di depanku. Aku sunggguh terpegun melihat gelagat dua beranak yang khusyuk menghayati alunan quran. Seorang ayah, dan seorang anaknya yang dilihat dari sudut fizikalnya baru berumur 4-6 tahun. Seorang ayah sedang mentasmi' bacaan surah al-kafirun yang dibacakan oleh anaknya. Wiridku terhenti seketika melihatkan gelagat kedua orang arab tersebut. situasi tersebut jarang ku lihat, si ayah bagaikan bercerita tentang surah tersebut kepada anaknya, sekali dengan lenggok tangan yang penuh longlai membelai anaknya, sambil anaknya kyusuk mendengar dan mengulang ayat hafalan tersebut. Maklumlah, orang arab pasti memahami ayat al-quran.

Dilihat dari pakaian yang dipakai kedua orang tersebut, mereka pasti bukan dari golongan berda, bahkan aku merasakan bahawa kehidupan dua beranak ini lagi susah dari kehidupan sederhana yang aku rasakan hasil dari titik peluh ayah dan ibuku, membesarkan diriku, namun di sebalik kesusahan, kegembiraan jelas tergambar pada wajah anak tersebut seusai mendengar celoteh bapanya menceritakan perihal al-quran. Bagikan tiada dunia bagi mereka, hanyalah pengharapan seorang bapa yang mahu melihat anaknya mampu menghayati agamanya

Pernah aku menegur seorang a'mmi (orang arab), di dalam "utu (bas) ketika dalam perjalanan dari abasiah ke hayyu sabi'. Beliau merupakan seorang penulis khat. Untuk memendekkan cerita, dia bertanya kepadaku, "hal anta tahfazu al`quran". aku membalasinya dengan "mush kamilan" (tidak sempurna),. Orang arab itu terus bersuara, anak perempuannya yang baru berumur 7 tahun sudah menghafal quran "kamilan". Sejenak aku terkesima, memang budaya orang arab, menghafal quran sejak dari kecil lagi.Kemana sahaja aku berjalan, pasti aku terdengar suara orang mengalunkan bacaan quran. Subhanallah, biah quraniah hidup subur di kalangan orang arab.

Itu satu situasi, situasi yang lain pula kulihat, segolongan manusia yang mentuturkan bahasa arab sendiri, tetapi mereka amat jauh dari gambaran sebenar seorang individu yang dibina oleh rasulullah. Apakah wujud ayat quran yang tidak mereka fahami?

Mereka adalah Muslim, mereka adalah orang yang belajar mendalam tentang agama, tetapi apa yang menghalang mereka dari menunjukkan perwatakan yang sejajar dengan ilmu agama yang mereka pelajari?.

Mari kita menyelinap ke satu situasi dari sirah rasul. Sumayyah, mesti anda terfikir, wanita pertama mati syahid. Namun pernahkah anda terfikir, apa yang membuatkan beliau bertahan dengan seksaan tersebut, padahal, pada masa itu, syariah islam masih belum tertegak lagi. Mungkin kalau dibandingkan ilmu anda dengan ilmu sumayyah, pasti ilmu anda boleh dikatakan lebih banyak berbanding sumayyah. Namun, kenapa sumayyah boleh bertahan?

Kalau kita lihat dari aspek surah makiah yang diturunkan, kebanyakannya menerangkan tentang sirah dan pengukuhan aqidah. Dari aspek sirah pula, kalau diikutkan, seorang ustaz boleh menerangkan tentang aqidah dalam masa yang singkat, tetapi mengapa rasul memerlukan 15 tahun hanya untuk menerangkan perkara tersebut. Sini kita dapati, bahawa apa yang penting adalah penghayatan, bukan hanya belajar sahaja tanpa "BASAH". Barulah dapat hasilkan generasi yang dihasilkan oleh rasul.

Satu lagi elemen yang penting dalam merealisasikan penghasilan generasi yang dihasilkan oleh rasul ialah murabbi itu sendiri, kerna untuk mendidik hati manusia lebih susah dari mengajar orang. Sepertimana aku lihat gelagat dua beranak di masjid itu, aku mengerti bahawa seorang ayah adalah seorang murabbi yang terbaik, yang mampu menggerakkan atau mencorakkan sebuah "usrah" menuju mardhotillah. Sebagai tambahan, perwatakan ayah kebanyakannya menepati 4 tugas murabbi, sebagai ayah sudah tentu mencurahkan sepenuh kasih-sayang kepada keluarga, seterusnya sebagai qaid yang mentadbir keluarga, sebagai sheikh yang dihormati keluarga, sebagai ustaz yang memandu keluarga dalam menunaikan ibadah yang sohih,

tulisan ini adalah khas untuk abahku, abi mohd azlan, terima kasih kerna telah menjadi murabbi yang selama ini telah mendidikku, dan menghasilkan ku sepertimana keadaan aku sekarang. "ana uhibbuka awi".....

ma'adin



-Pernahkah anda terfikir bahawa manusia ini umpama logam?

Logam? ada apa dengan logam sebenarnya? anda semua makruf bahawa logam merupakan sumber bahan mentah yang sangat berguna kepada manusia terutama, pada zaman mutakhir ini, manusia berlumba-lumba mencipta dan menginovasi suatu gadget yang mungkin banyak manfaatnya kepada manusia....dan tidak dinafikan bahawa logam adalah bahan yang terpenting dalam merealisasikan segala ciptaan manusia.

Di sini kita makruf bahawa, logam banyak manfaatnya kepada manusia. Cuba anda fikirkan tentang nilai sesebuah logam..walau apapun acuannya, nilainya tetap samakan...maksudnya, kalau logam itu adalah emas, dan acuannya adalah untuk menjadikannya sebuah cincin, andaikata terhasil sebentuk cincin, bukankah nilainya tetap sama, nilainya tetap emaskan...walaupun acuannya sebuah kereta, tetap menjadi kereta emas...sebuah rumah, tetap nilainya sekeping emas...kalau nilainya sekeping aluminium, dalam mana-mana acuanpun, dia tetap sekeping aluminium...nilai logam yang dimaksudkan adalah kuat, mudah ditempa, dan ade logam yang tahan karat, juga takat didih bagi sesetengah logam juga sangat tinggi....

Sedarkah anda bahawa, dalam segala persamaan nilai logam, ade perbazaan, dintara logam tersebut,

Apakah perbezaan tersebut?

Dalam persamaan nilai, ade perbezaan acuan yang menjadikan suatu logam itu, berguna atau memberi mudarat kepada manusia..contohnya, jika logam itu dijadikan kereta, maka ia memudahkan manusia, tetapi, jika ia dijadikan senjata, maka acuannya sangat-sangat memudaratkan manusia...

cuba anda analogikannya dengan manusia...hubungkaitkan manusia dengan agamanya, bangsanya dan negaranya...sesungguhnya setiap manusia itu mempunyai nilai atau sikap dan sifat yang fitrah kepada seseorang itu...nilai dan perwatakan yang berani, bijak pandai dan sebagainya merupakan aset yang amt berguna keada umatnya...

perwatakan atau nilai itu pada manusia dan ia akan membuatkan seorang manusia itu, istimewa sebagai dirinya...oleh itu sifat atau perwatakan ini harus diacu atau dengan erti lain, di pandu berlandaskan panduan dan acuan yang sebaik-baiknya agar natijah daripada itu akan menghasilkan manusai atau reejal yang sangat-sangat berguna kepada agamanya. Jika sebaliknya berlaku, acuan yang berpandukan jahiliyyah yang disogokkan ke dalam jiwa seseorang itu, maka natijahnya, wallahhu a'lam, kemungkinan suatu bangsa itu akan rosak, atau jika ia manjadi bangsa yang kuat, maka ia akan bertindak menindas bangsa lain..

Di sini kita lihat betapa pentingnya acuan islam dalam memandu nilai-nilai manusia dalam menggerakkan islam...dimana nilai ini akan berguna kepada islam itu sendiri...sebagai contoh, pada zaman nubuwwah, saidina umar al-khattab terkenal dengan perwatakkannya yang tegas dan berani, semasa acuannya dalam jahiliyyah, beliau menggunakan perwatakan berani dan berangnya untuk memusuhi orang islam malah sanggup untuk membunuh rasulullah...apabila beliau memeluk islam, beliau menggunakan sifat beraninya dalam menggerakkan islam...dan beliaulah antara penyebab dakwah rasul berkembang.

So, apa yang dibicarakan sebentar tadi, diharapkan agar anda sedar akan setiap nilai yang anda miliki, sesungguhnya setiap dari anda adalah penting kepada kebangkitan islam itu sendiri...Jadi, mulalah berintima' dengan islam dan carilah acuan dan panduan yang berdasarkan islam...moga segala usaha yang dilakukan oleh anda untuk kebangkitan ummah akan mendapat mardhotillah..insyallah

Segala apa yang dikongsikan tadi adalah berpandukan hadis nabi yang berbunyi
عن أبي هريرة رضي الله عنه: قَالَ رَسُوْلَ الله صلى الله عليه وسلم:
(( الناس معادن، خيارهم في الجاهلية خيارهم في الإسلام، إذا فقهوا )). صحيح البخاري
“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”

wassalam...akan disambung kemudian