greetings

ana akhukum


pertama skali, kita bicarakan tentang ukhuwah, kerana segala kekuatan itu bermula dengan ukhuwah..

mari kita singkap kembali tentang sejarah jahiliyah ketika dulu, di mana ukhuwah mereka hanyalah berdasarkan, keturunan, pangkat, & segalanya yang berbentuk keduniaan...
tetapi, kedatangan islam merobah segalanya. mereka hanya berpegang dengan satu tali yang bertunjangkan aqidah islamiyah yang ikatannya melebihi ikatan kekeluargaan..mari kita lihat bagaimana rasulullah memperkenalkan "akhukum fi lislam" dalam masyarakat madinah ketika itu. bagaimana rasul mencampuri muhajirin dan ansar, bagaimana rasul mendamaikan kaum aus dan khazraj di madinah ketika itu. sehinggakan mereka sanggup berkorban apa sahaja untuk sahabat mereka yang baru sahaja mereka kenali..tetapi apa yang mereka rasakan adalah mereka sudah lama saling mengenali antara mereka, dengan erti kata lain antara mereka sudah maujud rabhitah hati mereka hanya kerana Allah...

satu lagi contoh di mana peristiwa ini berlaku dalam setelah perang badar...kita perkenalkan sahabat ini dengan si A, si B & si C. setelah berakhirnya perang badar, si A (tentera muslimin) telah menawan si C (tentera quraisy). dan dalam perjalanan, mereka terserempak dengan si B, tentera muslimin (keluarga si C). lalu si C merayu kepada si B untuk membebaskannya, atas dasar kekeluargaan. tetapi apa yang diperkatakan oleh si B adalah "kau mungkin ade pertalian darah dengan ku, tetapi, selagi kau belum memeluk islam, tidak mungkin kita akan bersaudara lagi...maka ketatkan lagi ikatannya dan mintak lah wang tebusan dari ibunya kerna sesungguhnya aku mengenali ibunya yang sangat berharta..."..beginilah para sahabat mengaplikasikan konsep ukhuwah sesama mereka, atas dasar iman, mereka bertemu..

cuba kita bandingkan dengan situasi kita sekarang ini..nasionalisme yang disogokkan oleh yahud wa nnasoro sekarang ini sangat menebal dalam diri umat ISLAM pada dekad ini..feen daulah islamiyah yang gemilang ketika dahulu..umat sekarang ini hanya memikirkan tentang kebajikan negara masing-masing, sedangkan ramai umat islam yang merana, inikah yang dinamakan "akhukum fil islam"...di sini nak bawa satu analogi....ade tiga orang yang mengaku diri masing-masing adalah orang yang paling kejam antara ketiga-tiga mereka..kebetulan lalu seorang perempuan. lalu seorang dari mereka mendekati perempuan itu lalu perempuan itu di samun..orang yang pertama itu mengaku bahawa dirinya adalah yang paling kejam..kemudian orang yang kedua mendekati perempuan yang sama lalu di samun dan dibunuh perempuan itu dengan kejam..dengan bangganya dia mengaku dialah yang paling kejam..lalu orang yang terakhir berkata.."kamu anggap perbuatan kamu adalah yang paling kejam??? sesungguhnya akulah yang paling kejam,,,perempuan itu adalah adik saudara aku dan aku tidak dapat berbuat apa-apa kecuali melihat sahaja perkara jahat yang dibuat ke atasnya...begitulah hubungan umat sekarang ini,

khususnya umat islam yang berada di palestin...saban hari mereka di bom, di perkosa, dibunuh...memang sebagai umat islam, kita berasa marah..tetapi sesungguhnya, sedarlah wahai umat bahawa itu adalah selemah-lemah iman. cuba fikirkan apa yang telah anda sumbangkan kepada umat selama ini. adaka hnya melaghokan lagi umat tentang hakikat hidup ini yang sementara atau lebih parah lagi, merosakkan umat yang selam ini sudah rosak...inilah masenya, sebagai syababul islam untuk bergerakmenyusun marotit a'mal kita yang bermula dengan fardhul muslim itu sendiri..tanamkan sifat islamiyah dalam diri.., sesungguhnya firman nabi ade menyebut, islam datang dengan dagang(guhraba'), dan akan kembali dagang, maka sesungguhnya beruntunglah orang yang masih bersamanya...so, la takhof kita (pemuda islam akhir zaman) adalah pemuda yang beruntung...mulai saat ini, mari kita luruskan soff..kerna Allah menyukai orang yang berperang di jalan nya dalam soff yang lurus sepertimana bangunan yang kukuh (surah as-soff:4)....ayyuhal ikhwah ,,,,fikirkanlah..